Friday, September 17, 2010

NALURI SEORANG HAMBA


1.Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.


2.Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.


3.Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yg
sentiasa mencari tuhan..mardhatillah..wa barakatillah~

2 comments:

  1. "Aku menyintaimu kerana Agama yang ada padamu, jika kau hilangkan Agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.." (Imam Nawawi)

    ReplyDelete