Tuesday, December 27, 2011

adakah solat pijam mata itu makruh??mari kita lihat

Hukumnya juga terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya makruh kerana ia menyerupai Yahudi, Bagaimanapun hadith yang dijadikan dalil makruh pejam mata ketika solat adalah dho'if menurut Imam al-Bayhaqi. [1] Imam At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ; Bada'i As-Sonai, 1/216
Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-

عن أبي هريرة قال أمر رسول الله بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب

Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa perlu membuka mata jika ingin melaksanakan erti hadith ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang amat jarang ditemui ular dan kala di dalam tempat solat. Hadith ini memberi faham kepada kita akan perlunya membuka mata bagi menjaga keselamatan diri semasa solat.

Imam Ibn Qoyyim berkata : "Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan solat maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yang mengatakan elok pejam adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang me"makruh"kannya."[2]. Imam Izz Bin Abd Salam juga berpandangan demikian.[3]

pandangan mengharuskan pejam mata hanya dalam keadaan yang benar-benar diyakini dapat menambah kekhusu'kan serta mengelakkan gangguan pandangan dari perkara yang pasti menganggu khusyuk, justeru hukumnya adalah berbeza menurut keadaan seseorang. Selain itu, membuka mata semasa solat adalah lebih utama. Pandangan rajih menurut Imam An-nawawi pula sebagai berikut :-
والمختار أنه لا يكره إذا لم يخف ضررا لأنه يجمع الخشوع وحضور القلب ويمنع من إرسال النظر وتفريق الذهن 

Ertinya : "Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan memejam itu dapat mengabungkan khusyu', hadir hati dan menahan dari liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda" ( Al-Majmu', 3/261 )

Perlu diingatkan bahawa tidak ketemui dalil khusus yang menunjukkan Nabi SAW pernah menutup mata tatkala menunaikan solatnya, bagaimanapun intipati kekhusyu'kan Nabi SAW adakalanya lebih perlu diikuti berbanding pergerakkan luaran tanpa ruh. Wallahu 'alam.

kisah seorang ibu...sedih =(

 
Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.


Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!


Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.


Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.


Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”


Ibuku hanya berdiam diri!!!


Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…


Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.


Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…


Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!


Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…


…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

Monday, December 26, 2011

DIA PERMATA HATIKU =)

anak yg soleh merupakan simpanan emas paling berharga yang ditinggalkan oleh orang islam. Ia amat memberikan manfaat kepada kedua ibu dan bapa,sama ada semasa hidup mahupun selepas mati.,

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud., 'Apabila mati seseorang hamba itu,maka terputus segala amalannya kecuali sedekah jariah,ilmu yg bermanfaat, dan anak soleh yg mendoakannya'

bahkan dalam al-quran dinyatakan bahawa zuriat yg baik akan dihimpunkan bersama bapa2 mereka yg soleh didalam syurga kelak., SURAH AT-TUR AYAT 21.,

walaupun begitu anak juga boleh menyebabkan seseorang itu., lalai dari mengingati Allah., Dengan sebab anak., ada manusia sggup bergaduh.,boleh lalai menunaikan solat.,dan antara jiran tidak bertegur sapa.,

Firman Allah : dijadikan indah pada manusia kecintaan terhadap kepada apa2 yg diingini.,iaitu., :wanita2,anak2,harta2,jenis emas,perak dan kuda pilihan ,binatang ternakan dan sawah ladang.,itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allah lah tmpat kembali' -SURAH AL-IMRAN : 14 -

Justeru orang yang ruang digunakan oleh SYAITAN dalam melalaikan manusia itu adalah menggunakan anak2 tanpa disedari.,sudah pasti mereka akan termasuk dalam neraka.,nauzubillah.,ekoran kelalaian sendiri.,

walaubagaimanapun, setiap muslim mempunyai cita2 untuk mendapatkan anak2 yg soleh.,namun bukanlah sesuatu perkara yang mudah.,malah memerlukan beberapa perkara yg perlu ditunaikan., =) 

~akan bersambung~ #insyaAllah#
*UMMIMU WANITA YANG SOLEHAH*
dari kisah umar al-khattab =)

Friday, September 17, 2010

NALURI SEORANG HAMBA


1.Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.


2.Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.


3.Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yg
sentiasa mencari tuhan..mardhatillah..wa barakatillah~

JANGAN KAHWIN YANG KE ENAM .,

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

-Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.-